My Add

Wednesday 7 March 2012

Transformasi diterima gambaran kemenangan BN

KUALA LUMPUR, SELASA, 06 Mac, 2012: Penerimaan sebulat suara semua kaum di seluruh negara terhadap transformasi Barisan Nasional (BN) adalah gambaran paling tepat bahawa kerajaan diketuai oleh Datuk Seri Najib Tun Razak mampu menang pada Pilihan Raya Umum Ke-13.

Presiden Majlis Bekas Wakil Rakyat Malaysia (Mubarak), Datuk Seri Abdul Aziz Abdul Rahmanberkata, Bantuan Rakyat 1 Malaysia (BR1M) sebanyak RM500 yang diberikan kerajaan secara sama rata misalnya, menunjukkan bahawa kerajaan tidak mencurigai ideologi, agama dan bangsa penerimanya.

Malah beliau turut berkeyakinan, menerusi bantuan itu pengundi di atas pagar atau yang tidak berpihak kepada BN sedikit sebanyak akan beranggapan bahawa kerajaan hari ini membela nasib mereka.

''Tidak boleh disangkal lagi, Perdana Menteri hari ini begitu mengutamakan rakyat dengan mewujudkan pelbagai jenis bantuan," katanya. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment