My Add

Tuesday 13 March 2012

Transformasi pendidikan perlu lahir generasi mampu berfikir

PERDANA Menteri, Datuk Seri Najib Razak (kanan) tertarik melihat kaedah "Bubble Map" yang dilakukan oleh murid Sekolah Rendah Pusat Bukit Besar Kuala Terengganu berkenaan persamaan Datuk Seri Najib dan bapanya Tun Abdul Razak yang juga Perdana Menteri kedua ketika Majlis Program Rintis 'i-Think' di Bangunan Parlimen, hari ini. - Foto BERNAMA

KUALA LUMPUR, SELASA, 13 Mac, 22012: Transformasi kepada sistem pendidikan negara perlu dilaksanakan bagi melahirkan generasi muda yang mampu berfikir dan mempunyai kelebihan mengadaptasi ilmu bagi menghadapi cabaran di masa akan datang, kata Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak. 

Beliau berkata, corak pendidikan sebelum ini yang menekankan kepada "hafalan" perlu diubah dengan menekankan kepada kemahiran proses berfikir di kalangan pelajar supaya mereka mampu menggunakan ilmu yang dipelajari untuk kepentingan diri mereka.

"Kita perlu melakukan transformasi pendidikan yang mana intipatinya untuk menggalakkan pelajar berfikir kerana kita mahu melahirkan generasi yang mempunyai pemikiran yang kreatif, inovatif dan kritis, mampu menyelesaikan masalah, mempunyai fikiran bernas dan luar dari kotak.

"Ini kerana dunia sekarang sudah berubah, jadi keperluan kita untuk menyediakan generasi kini untuk menghadapi dunia akan datang yang pastinya berbeza daripada hari ini," katanya ketika merasmikan Program I-Think di bangunan Parlimen di sini, hari ini. 

Hadir sama Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin yang juga Menteri Pelajaran. - BERNAMA

No comments:

Post a Comment