My Add

Wednesday 7 March 2012

Tunggakan yuran PA, PPR hampir RM53 juta

AHMAD Fuad Ismail melawat tapak pameran pada Program Kehidupan Murni anjuran Jabatan Pengurusan Perumahan dan Pembangunan Komuniti dengan kerjasama Persatuan Penduduk PPR Seri Pantai di Lembah Pantai, Bangsar, kelmarin.

KUALA LUMPUR, SELASA, 06 Mac, 2012: Penghuni Perumahan Awan (PA) dan Projek Perumahan Rakyat (PPR) Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) yang berhutang dengan pihak terbabit digesa membayar yuran yang tertunggak bagi membolehkan wang itu digunakan untuk membaiki kemudahan di perumahan mereka.

Datuk Bandar Kuala Lumpur, Tan Sri Ahmad Fuad Ismail berkata, sehingga Januari tahun ini, tunggakan terkumpul bagi sewa dan air di dua perumahan itu berjumlah hampir RM53 juta.

Katanya, ia merupakan angka yang sangat besar dan sekiranya dapat dikutip ia akan memberi impak yang baik kepada DBKL dan masyarakat sendiri kerana boleh digunakan untuk menambah dan menaik taraf kemudahan yang telah rosak. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment