My Add

Tuesday 20 March 2012

Ubah wang haram: Bekas setiausaha politik menteri didakwa

NOOR AZMAH IBRAHIM

SHAH ALAM, SELASA, 20 Mac, 2012: Hasbie Satar, bekas Setiausaha Politik Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Tan Sri Nor Mohamed Yakcop, dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas 28 tuduhan terlibat dalam aktiviti pengubahan wang haram sebanyak RM935,000 antara Disember 2008 dan Jun 2009.

Tertuduh mengaku tidak bersalah bagi setiap pertuduhan selepas kesemua tuduhan dibacakan di hadapan Hakim Aslam Zainuddin.

Mahkamah membenarkan Hasbie dibebaskan dengan ikat jamin RM90,000 dengan seorang penjamin serta menetapkan 20 April ini untuk sebutan semula kes itu. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment