My Add

Friday 9 March 2012

UMNO-JPJ Merbok lancar program 'Satu Komuniti Satu JPJ'

SUNGAI PETANI, JUMAAT, 09 Mac, 2012: Jabatan Pengangkutan Jalan Kedah (JPJ) mempelawa pemilik motosikal khususnya warga emas di kawasan Parlimen Merbok menyertai program 'Satu Komuniti Satu JPJ' untuk membolehkan mereka memiliki lesen memandu lebih mudah dan cepat. 

Penyelaras Parlimen Merbok, Datuk Tajul Urus Mat Zain, berkata program anjuran bersama UMNO bahagian Merbok dan JPJ itu mensasarkan golongan berumur 45 tahun ke atas dan terhad kepada 500 orang.

"Progam ini akan dijalankan selepas penyertaan mencukupi. Orang ramai boleh datang ke pejabat UMNO Merbok untuk mengisi borang penyertaan," katanya selepas selesai mesyuarat program itu bersama JPJ di sini, hari ini.

Beliau yang juga ketua UMNO Merbok berkata, program itu antaranya bertujuan menyemai kesedaran memiliki lesen memandu kepada warga emas dan memupuk sikap menunggang secara berhemah semasa di jalan raya. 

Tarikh tutup penyertaan program ialah pada 31 Mac dan tarikh program itu akan dimaklumkan kemudian, katanya. - BERNAMA

No comments:

Post a Comment