My Add

Monday 12 March 2012

Undang-undang ganti ISA masih di Jabatan Peguam Negara

KUALA LUMPUR, ISNIN, 12 Mac, 2012: Undang-Undang baru bagi menggantikan Akta Keselamatan Dalam Negeri 1960 (ISA), yang bakal dimansuhkan, sedang dirangka dan kini berada di Jabatan Peguam Negara kata, Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein.

Beliau berkata, kerajaan komited untuk menggantikan ISA, namun rang undang-undang berkaitan perlu dirangka dengan teliti sebelum dibawa ke Kabinet dan dibentangkan di Dewan Rakyat.

"Saya belum melihat rangka terkini (rang undang-undang itu),” katanya ketika diminta mengulas undang-undang yang bakal menggantikan ISA selepas majlis perasmian Mesyuarat Pertama Penggal Kelima Persidangan Parlimen ke-12 oleh Yang di-Pertuan Agong Tuanku Abdul Halim Mu”adzam Shah hari ini.

Hishammuddin berkata, undang-undang baru itu akan menonjolkan empat elemen utama termasuk tempoh penahanan, layanan terhadap tahanan, hubungan tahanan dengan keluarga mereka dan proses rayuan.

Kerajaan sebelum ini menjangkakan dua undang-undang baru yang bakal menggantikan ISA dibentang pada sesi Parlimen kali ini.— BERNAMA

No comments:

Post a Comment