My Add

Sunday 11 March 2012

Undi kaum India beri kesan besar pada PRU akan datang

KUALA LUMPUR, AHAD, 111 Mac, 2012: Penganalisis politik berpendapat sokongan pengundi India akan memberi kesan besar pada pilihan raya umum (PRU)akan datang, sama seperti pada PRU 2008. 

Walaupun pengundi India hanya mewakili 1.9 juta atau 7.3 peratus daripada 28
juta penduduk Malaysia, tetapi kehadiran mereka begitu bermakna bagi 63 daripada 67 kerusi parlimen di Semenanjung Malaysia.

PRU 2008 menyaksikan perubahan arus yang amat ketara apabila hampir 85 
peratus pengundi India menyokong Pakatan Rakyat (PR), pakatan pembangkang yang dianggotai PKR-DAP-Pas. 

PR mendapat manfaat besar daripada peralihan sokongan pengundi India apabila 
hanya 8.3 peratus daripada 72.4 peratus pengundi kaum itu yang menyokong Barisan 

Nasional (BN) pada PRU 2004, menyebelahi PR pada PRU 2008 kerana terpengaruh dengan isu yang dimainkan Barisan Bertindak Hak Asasi Hindu (HINDRAF). 

Bagaimanapun, satu arah aliran baru dikesan muncul ketika ini iaitu sokongan 
kaum India terhadap BN semakin meningkat, hasil daripada beberapa tindakan 
proaktif yang diterajui Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak berhubung 
perkara penting yang membabitkan kaum India seperti sekolah Tamil, kuil Hindu 
dan pendidikan. 

Berdasarkan kaji selidik Merdeka Centre, tindakan proaktif Najib itu 
menyebabkan kadar sokongan terhadap beliau mengikut etnik mencatat peningkatan, dengan sokongan kaum India mencatat lonjakan paling tinggi iaitu kepada 80 peratus. 

Dr Sivamurugan Pandian, penganalisis politik dari Universiti Sains Malaysia, 
berkata keputusan beberapa pilihan raya kecil sejak 2008 yang membabitkan kawasan Bukit Selambau, Bukit Gantang, Bagan Pinang dan Hulu Selangor dengan jelas menunjukkan peningkatan sokongan kaum India terhadap BN. 

Beliau mengaitkan perkembangan itu dengan kesediaan Najib menangani isu 
penting yang membabitkan masyarakat India dan pola sokongan ini akan berterusan hingga PRU akan datang, terutama hasil peranan penting yang dimainkan badan bukan kerajaan (NGO) berasaskan kaum India dalam memantau pencapaian negeri yang ditadbir PR. - BERNAMA

No comments:

Post a Comment