My Add

Saturday 10 March 2012

Usah buat spekulasi kenaikan harga barang: Ismail Sabri

KUANTAN, SABTU, 10 Mac, 2012: Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob meminta semua pihak agar tidak membuat spekulasi kenaikan harga barang susulan pengumuman kenaikan gaji penjawat awam.

Katanya, perbuatan sedemikian hanya akan menimbulkan kesan buruk kepada semua pihak termasuk pengguna dan peniaga sendiri.

"Sejak kerajaan umumkan kenaikan gaji kakitangan awam sehingga kini masih belum ada laporan kenaikan harga barangan, kalau boleh jangan buat spekulasi (kenaikan harga), itu hanya boleh merosakkan kita.

"Contohnya jika ada spekulasi harga barang tertentu naik, kita bimbang ada peniaga yang percaya dan kemudian menyorokkan barangan terbabit. Bila barangan keperluan terbabit berkurangan sedangkan permintaan tinggi, itu yang ada pihak mula menaikkan harga,” katanya kepada pemberita, di sini hari ini.

Beliau sebelum itu merasmikan Koperasi Universiti Malaysia Pahang (UMP) yang turut dihadiri Naib Canselor UMP, Prof Datuk Dr Daing Nasir Ibrahim.

Ismail Sabri berkata, pengguna perlu memainkan peranan apabila mengetahui ada barangan keperluan di kawasan masing-masing yang dijual pada harga lebih tinggi daripada yang ditetapkan.

"Pengguna perlu melindungi kepentingan mereka sendiri dengan perlu melaporkan kepada kementerian di talian bebas 1 800 886 800 sekiranya ada peniaga yang menaikkan harga barangan.— BERNAMA

No comments:

Post a Comment