My Add

Sunday 11 March 2012

Usahasama DRB-HICOM, Volkswagen manafaatkan Pekan

PEKAN, AHAD, 11 Mac, 2012: Pelbagai usaha kerjasama antara DRB-HICOM Berhad dan Volkswagen akan mentransformasikan Pekan menjadi hab automotif terkenal di dunia kata, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Perdana Menteri berkata, kerjasama itu secara langsung dan tidak langsung mendatangkan pelbagai manfaat kepada penduduk tempatan kerana mewujudkan banyak peluang pekerjaan sekaligus meningkatkan pendapatan warga Pekan.

"Saya yakin pelbagai usahasama yang dijalankan kedua-dua syarikat ini akan menjadikan Pekan sebagai hab automotif terkenal di dunia terutama bagi kerja pemasangan kereta, pembuatan dan komponen automotif serta aktiviti penyelidikan

dan pembangunan (R&D) automotif," kata beliau.

Najib berkata demikian ketika berucap pada majlis pelancaran Volkswagen Passat pemasangan tempatan di Kompleks Automotif DRB-HICOM di sini hari ini.

Turut hadir Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Adnan Yaakob; Pengerusi DRB-HICOM Berhad Datuk Syed Mohamad Syed Murtaza dan Pengarah Urusan Kumpulan DRB-HICOM Berhad Datuk Seri Mohd Khamil Jamil.

Najib berkata kerjasama yang dijalin sejak Disember 2010 itu membuka 3,300 peluang pekerjaan kepada penduduk tempatan khususnya rakyat di Pekan.

"Usahasama ini juga menyuntik pelaburan sebanyak RM1 bilion dalam tempoh empat tahun di mana ia akan memberikan sumbangan besar kepada ekonomi tempatan,"kata beliau. -- BERNAMA

No comments:

Post a Comment