My Add

Tuesday 13 March 2012

UTM, USIM dan Pertis bekerjasama hasilan al-Quran braille

NILAI, ISNIN, 12 Mac, 2012: Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) akan bekerjasama dengan Universiti Teknologi Malaysia (UTM) dan Persatuan Orang-Orang Cacat Islam Malaysia (Pertis) bagi menghasilkan al-Quran dalam tulisan braille.

Satu memorandum persefahaman mengenainya ditandatangani di sini hari ini yang diwakili oleh Naib Canselor USIM, Prof. Datuk Dr. Muhamad Muda, Dekan Fakulti Kejuruteraan Mekanikal UTM, Profesor Dr. Roslan Abdul Rahman dan Yang Dipertua Pertis, Zakaria Yahya.

Dr. Muhamad Muda berkata, ketiga-tiga pihak akan menjalankan penyelidikan berdasarkan kepakaran dan pengetahuan masing-masing.

Beliau berkata, Pertis bertanggungjawab memperkenalkan penulisan al-Quran braille berkomputer di Malaysia dan membimbing pensyarah Fakulti Pengajian Quran dan Sunnah USIM dalam menyampaikan kandungan pengajaran al-Quran braille.

Kerjasama dilakukan dengan UTM kerana melalui kumpulan penyelidiknya dari Fakulti Kejuruteraan Mekanikal, telah berjaya menghasilkan produk pertama seumpamanya di dunia iaitu e-Braille al-Quran yang memudahkan pembacaan dan pengajaran al-Quran untuk golongan cacat penglihatan, kata Dr. Muhamad.— BERNAMA

No comments:

Post a Comment