My Add

Tuesday 6 March 2012

Wajib tayang 2 filem tempatan setiap minggu: FINAS

KUALA LUMPUR, SELASA, 06 Mac, 2012: Dua filem tempatan akan ditayang setiap minggu di pawagam seluruh negara bermula 24 Mei ini berikutan pelaksanaan skim wajib tayang baru. 

Ketua Pengarah Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (FINAS), Mohd Naguib Razak, berkata skim baru itu diperkenalkan kerana berlaku lambakan filem tempatan pada ketika ini, perkembangan yang mencerminkan pertumbuhan positif dalam industri perfileman tempatan.

Sehingga Mac ini saja katanya, FINAS menerima hampir 20 filem yang menunggu giliran untuk ditayang.

"Saya jangkakan bagi tahun ini hampir 70 filem tempatan akan dihasilkan dan jika kita masih mengamalkan skim wajib tayang yang lama sudah pasti akan berlaku situasi di mana filem yang sudah siap dihasilkan akan mengambil tempoh yang lama untuk ditayangkan," katanya pada sidang akhbar di sini, hari ini. 

Naguib berkata, sebanyak RM125 juta keuntungan menerusi kutipan filem pecah panggung dicatat tahun lalu dan 21 peratus daripadanya adalah menerusi hasil kutipan filem tempatan. - BERNAMA

No comments:

Post a Comment