My Add

Tuesday 20 March 2012

Wakil BN persoal bilangan jalan dibina kerajaan Selangor

SHAH ALAM, SELASA, 20 Mac, 2012: Wakil Barisan Nasional (BN) hari ini mempersoal dakwaan “kehebatan” pentadbiran pakatan PKR-DAP-Pas di Selangor pada persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) di sini dengan berhubung bilangan jalan yang telah dibina sejak empat tahun memerintah.

Abdul Shukur Idrus (BN-Kuang) membangkitkan perkara itu selepas Shuhaimi Shafiei (PKR-Sri Muda) meminta BN menerima kenyataan bahawa ia tidak pandai mengurus tadbir negeri dan mendakwa hanya pandai menghabiskan duit rakyat.

Ketika membahaskan titah ucapan diraja semasa perasmian sidang dewan, Shuhaimi turut menyarankan agar wakil-wakil BN belajar mengenai prinsip kewangan dan perakaunan daripada Kumpulan Semesta Sdn Bhd yang terlibat dalam industri pasir.

"Di mana hebatnya kalau hanya memberikan subsidi 20 meter padu pertama air percuma, mengorek pasir dan soalannya berapa batang jalan telah dibina,” tanya Abdul Shukur.

Shuhaimi tidak menjawab soalan Abdul Shukur sebaliknya menuduh Datuk Mohamad Satim Diman (BN-Seri Serdang) menjual tanah kerajaan. – BERNAMA

No comments:

Post a Comment