My Add

Wednesday 21 March 2012

Warga Bangladesh sesuai bekerja di Cameron Highlands

KUALA LUMPUR, RABU, 21 Mac, 2012: Kementerian Dalam Negeri diminta membenarkan lebih ramai warga Bangladesh k bekerja di Cameron Highlands bagi menangani kekurangan tenaga kerja dalam sektor perladangan dan pertanian di pusat peranginan itu.

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk S.K Devamany berkata, ini kerana hanya warga Bangladesh yang sesuai bekerja di ladang dan kebun di kawasan itu jika dibandingkan dengan pekerja asing dari negara lain.

"Kita sudah cuba warga Indonesia, India dan Orang Asli. Semua tidak boleh bekerja di kebun di Cameron Highlands, tak tahu kenapa...hanya pekerja Bangladesh sahaja yang sesuai,” katanya kepada pemberita di lobi Parlimen di sini hari ini.

Devamany yang juga Ahli Parlimen Cameron Highlands berkata, permintaan itu perlu diberi pertimbangan sewajarnya kerana sektor pertanian dan perladangan di kawasan tanah tinggi itu menjana sehingga RM1 bilion setahun kepada ekonomi negara.

Daripada jumlah itu, penanaman bunga-bungaan menyumbang RM300 juta setahun manakala pengeluaran sayuran pula menyumbang sehingga RM600 juta setiap tahun. - BERNAMA

No comments:

Post a Comment