My Add

Friday 23 March 2012

Yayasan Sabah, firma AS usaha projek udang galah RM2b


KOTA KINABALU, JUMAAT, 23 Mac, 2012: Inno Fisheries Sdn Bhd, syarikat milik penuh Yayasan Sabah, dan Darden Aquafarm, anak syarikat Darden Inc, pemilik Red Lobster dan rantaian restoran makanan laut AS lain, akan membangunkan bersama projek Taman Akuakultur Udang Galah Bersepadu (iLAP) bernilai RM2 bilion di Pulau Timbun Mata, Semporna, di timur Sabah.

Semasa mengumumkan perkara ini, Ketua Menteri, Datuk Seri Musa Aman berkata, projek yang dicadangkan itu, iLAP pertama dunia, akan merangkumi kawasan seluas 9,300 hektar, terdiri daripada 6,000 hektar bagi pengeluaran udang galah tropika komersial, 700 hektar bagi penyelidikan dan pembangunan, ladang latihan dan ladang demonstrasi, dan 2,600 hektar bagi pengeluaran mussel (makanan untuk haiwan).

"Projek ini adalah integrasi yang termasuk tempat penetasan, pengeluaran, makanan haiwan dan pemprosesan, dan ini akan menjadi sebahagian daripada kawasan 15,000 hektar yang akan diwartakan sebagai Zon Akuakultur Udang Galah dan dikawal selia oleh Jabatan Perikanan Sabah,” katanya kepada pemberita selepas bertemu dengan presiden Darden Aquafarm Inc Bill Herzig di Sri Gaya dekat sini, hari ini.

Musa, yang juga Menteri Kewangan Negeri berkata, iLAP akan terdiri daripada entiti teras, perusahaan kecil dan sederhana (PKS) dan perladangan kontrak.

Projek itu dijangka menjana 12,000 peluang pekerjaan apabila siap sepenuhnya menjelang 2020, dan orang tempatan boleh menyertainya sebagai peladang kontrak atau sebagai usahawan menerusi skim beli semula, katanya. – BERNAMA

No comments:

Post a Comment