My Add

Monday 19 March 2012

YBGK bantu semua kes jenayah kecuali hukuman mati - PM

KUALA LUMPUR, ISNIN, 19 Mac, 2012: Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, Yayasan Bantuan Guaman Kebangsaan (YBGK) akan memberi bantuan guaman kepada semua jenis kesalahan jenayah kecuali yang membawa hukuman mati.

Perdana Menteri berkata, ini kerana pihak mahkamah telah menyediakan perkhidmatan peguam yang dilantik oleh mahkamah kepada tertuduh bagi kes-kes itu.

"Bantuan guaman dan khidmat nasihat dalam perkara jenayah akan diberikan kepada mana-mana warganegara Malaysia yang memerlukan bantuan guaman di peringkat tangkapan, reman/tahanan dan permohonan ikat jamin tanpa had pendapatan.

"Namun begitu, satu ujian kemampuan akan dijalankan untuk menentukan kelayakan orang yang akan menerima bantuan guaman di peringkat perbicaraan dan rayuan di mahkamah," katanya dalam jawapan bertulis kepada Lim Lip Eng (DAP-Segambut) di Parlimen hari ini.

Najib berkata, ujian kemampuan akan dilakukan dan perkhidmatan YBGK hanya akan diberi kepada warganegara Malaysia yang memenuhi syarat.

Mereka yang mempunyai sumber pendapatan tidak melebihi RM25,000 setahun akan diberi bantuan guaman percuma manakala mereka yang mempunyai sumber pendapatan melebihi RM25,000 setahun tetapi tidak melebihi RM36,000 setahun akan dikenakan bayaran RM300. - BERNAMA

No comments:

Post a Comment