My Add

Thursday 15 March 2012

Zara didakwa rapat dengan suspek

Oleh WAN NOOR HAYATI WAN ALIAS

KUALA LUMPUR, RABU, 14 Mac, 2012: Seorang pensyarah, Zara Eleena, 23, yang ditemui mati bersama bapanya di dalam rumah di Taman Kinrara, Puchong, dekat sini kelmarin, dipercayai mempunyai hubungan intim dengan salah seorang suspek lelaki yang ditahan polis pada hari sama.

Menurut sumber, lelaki itu merupakan pelajar pensyarah tersebut yang mengambil subjek bahasa.

Katanya, hubungan tersebut dipercayai terjalin ekoran pelajar itu sering membantu mangsa yang kurang upaya menjalankan tugas hariannya.

"Keakraban mereka bukan menjadi rahsia dan diketahui warga kolej kerana mereka bersikap terbuka," katanya ketika ditemui di sini hari ini.

Semalam, polis menahan dua lelaki berusia 18 dan 20-an di sebuah flat di Pandan Indah di sini bagi membantu siasatan kes pembunuhan itu. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment