My Add

Tuesday 24 April 2012

100,000 hadir MSAM

PINTU masuk ke khemah pameran sesak dengan kehadiran pengunjung Minggu Saham Amanah Malaysia (MSAM) 2012 di Kompleks Sukan Likas, Kota Kinabalu, Sabah, semalam.

KOTA KINABALU, ISNIN, 23 April, 2012: Minggu Saham Amanah Malaysia (MSAM) 2012 mencatat sejarah tersendiri apabila menyaksikan kehadiran sejumlah 100,000 pengunjung dalam tempoh tiga hari berlangsungnya pameran itu.

MSAM yang dibuka sejak 20 April lalu sedang berlangsung di Kompleks Sukan di sini dan berakhir pada 28 April ini.

Presiden dan Ketua Eksekutif Permodalan Nasional Berhad (PNB), Tan Sri Hamad Kama Piah Che Othman yakin rakyat Sabah tidak akan melepaskan peluang mengunjungi pameran yang julung-julung kali diadakan di negeri ini.

"Walaupun cuaca tidak menentu, kita amat bersyukur kerana sehingga semalam, hampir 100,000 pengunjung telah datang melawat MSAM. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment