My Add

Thursday 26 April 2012

12 nelayan Vietnam guna bendera Malaysia ditahan di Filipina

MANILA, KHAMIS, 26 April, 2012: Pihak berkuasa Filipina menahan 12 nelayan Vietnam yang menggunakan bendera Malaysia, atas kesalahan menceroboh dan menangkap spesies ikan terancam termasuk penyu, kata pegawai hari ini.

Pengarah Biro Perikanan, James Perez berkata, dalam insiden Ahad lalu, kapal pengawal pantai Filipina memintas empat bot nelayan di Laut Sulu berdekatan Malaysia dan Brunei, namun hanya sebuah bot berjaya ditahan manakala tiga lagi dapat meloloskan diri.

"Setelah diperiksa, kami menemui spesies ikan terancam dan kira-kira 50 ekor penyu yang disimpan dalam peti sejuk di bot terbabit.

"Bot tersebut menggunakan bendera Malaysia, tetapi krew kapal itu merupakan rakyat Vietnam. Kami telah memfailkan dakwaan jenayah terhadap mereka," katanya. - AFP

No comments:

Post a Comment