My Add

Wednesday 18 April 2012

15,000 pekerja estet dapat bekalan air bersih mulai Jun

KUALA LUMPUR, RABU, 18 April, 2012: Seramai 15,000 pekerja di 41 buah estet di seluruh negara akan menikmati bekalan air bersih mulai Jun ini dengan peruntukan sebanyak RM50 juta disediakan oleh kerajaan.

Menteri Sumber Manusia, Datuk Seri Dr. S. Subramaniam berkata, projek itu merupakan antara usaha kerajaan bagi menjaga kebajikan pekerja estet yang sedang dilaksanakan secara berperingkat.

``Pekerja estet kini boleh menarik nafas lega dengan langkah yang telah diambil oleh kerajaan bagi memastikan mereka menikmati air yang segar dan sihat," katanya pada sidang akhbar selepas majlis penyampaian cek Peruntukan Persekutuan untuk kuil dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) di sini hari ini. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment