My Add

Tuesday 17 April 2012

22,000 tan sampah dibuang setiap hari

Oleh ZULHISHAM ISAHAK

SEGAMAT, ISNIN 16 April, 2012: Sebanyak 22,000 tan sampah dibuang di seluruh negara setiap hari, meningkat 10,000 tan berbanding tahun lalu.

Justeru, Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Seri Chor Chee Heung berharap tiga syarikat konsesi yang dilantik mampu menguruskan sisa pepejal itu dengan lebih sistematik.

"Sekarang ini sebanyak 22,000 tan buangan setiap hari dan menjelang 2020 pula, dianggar meningkat ke 30,000 tan. Jadi, dengan adanya penswastaan pengurusan sisa pepejal ini, kualiti perkhidmatan tersebut akan bertambah baik.

"Kementerian sedang memantau prestasi ketiga-tiga syarikat ini yang secara rasmi diberi konsesi sejak September lalu dan mulai September ini Petunjuk Prestasi Utama (KPI) akan digunakan untuk menilai perkhidmatan mereka," katanya. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment