My Add

Sunday 15 April 2012

32 kes baru HFMD dicatatkan di Sarawak

KUCHING, AHAD, 15 April, 2012: Sebanyak 32 kes baru penyakit tangan, kaki dan mulut (HFMD) dilaporkan di seluruh Sarawak setakat tengah malam tadi berbanding 50 kes, semalam. 

Menurut kenyataan yang dikeluarkan Jabatan Kesihatan Negeri di sini, kes tertinggi masih dicatatkan di Kuching iaitu 18 kes, Miri (empat), Bintulu dan Mukah masing-masing tiga kes manakala Samarahan dan Sibu masing-masing dua kes.

Tiada kes terbaru untuk bahagian lain.

Sebanyak 84 sekolah dan tadika di Sarawak masih lagi ditutup termasuk secara sukarela setakat ini. - BERNAMA

No comments:

Post a Comment