My Add

Saturday 14 April 2012

34 rumah di Pendang dilanda banjir lumpur

PENDANG, JUMAAT, 13 April, 201: Sebanyak 34 rumah di empat kampung di Mukim Air Putih dekat sini dilanda banjir lumpur sedalam 0.2 meter, hari ini. 

Empat kampung yang terbabit dalam banjir lumpur itu ialah Kampung Kilang Kechil (lima rumah), Kampung Lanjut Binjal (12), Lorong Haji Daud, Air Putih (dua) dan Kampung Air Putih (15).

Talib Arifin, 70, yang tinggal di Kampung Kilang Kechil berkata, hujan lebat pada jam 12.30 tengah malam hingga 1.30 pagi ini menyebabkan air bukit di kawasan kuari tanah itu mengalir deras secara tiba-tiba dan masuk ke dalam rumahnya dan jiran yang lain.

"Masa kejadian saya dan isteri, Azizah Md Rejab, 64, sedang tidur. Apabila tersedar, kami dapati air sudah mula masuk ke dalam bilik...air naik secara mendadak dan kami tak sempat menyelamatkan barang-barang," katanya kepada pemberita ketika ditemui di tempat kejadian hari ini. 

Talib yang tinggal berdua saja bersama isterinya berkata, kawasan rumahnya dan jiran yang terlalu rendah menyebabkan kerap berlaku banjir kilat tetapi ini banjir lumpur ini yang terburuk pernah berlaku dalam tempoh 50 tahun. - BERNAMA

No comments:

Post a Comment