My Add

Monday 23 April 2012

4,000 jawatan baru diwujud isi keperluan balai polis

SIBU, ISNIN, 23 April, 2012: Kira-kira 4,000 jawatan baru diwujudkan untuk mengisi kekosongan, terutama di balai polis seluruh negara tahun ini, kata Pengarah Bahagian Pengurusan Bukit Aman Datuk Mortadaza Nazarene.

Beliau berkata langkah itu bertujuan meringankan beban tugas pegawai dan anggota sedia ada.

Bercakap kepada pemberita selepas merasmikan balai polis baru Sungai Merah berharga RM84.3 juta di sini hari ini, beliau berkata jawatan yang diwujudkan termasuk konstabel.

"Setelah selesai menjalani latihan selama enam bulan, kami akan hantar mereka ke balai-balai di seluruh negara. Dengan adanya mereka, kami kembali seimbang daripada segi jumlah anggota dan beban tugas," katanya.

Beliau berkata 11 daripada 13 projek balai polis baru di negeri ini dalam tempoh Rancangan Malaysia Kesembilan, telah siap dibina.

"Dua lagi, iaitu balai polis Lubok Antu dan Sri Aman, sedang dibina. Semua ini memerlukan kerajaan membelanjakan RM1.1 bilion," katanya.

Mortadaza berkata polis akan memohon peruntukan tambahan melalui semakan semula separuh penggal Rancangan Malaysia Ke-10 untuk membiayai pembinaan lebih banyak balai baru bagi menampung pertumbuhan penduduk dan kawasan pembangunan baru. - BERNAMA

No comments:

Post a Comment