My Add

Sunday 15 April 2012

50 penyokong pembangkang sertai UMNO

WARNO Dogol (tengah, bersongkok hitam) melaungkan 1Malaysia bersama 50 bekas penyokong parti pembangkang di Kampung Seri Aman, Sabak Bernam, Selangor, semalam.

SABAK BERNAM, SABTU. 14 April, 2012: Seramai 50 penyokong parti pembangkang termasuk 22 bekas ahli Pas hari ini mengambil keputusan menyertai UMNO Bahagian Sabak Bernam setelah hilang kepercayaan terhadap perjuangan parti tersebut dan sekutunya, PKR.

Borang penyertaan kesemua bekas penyokong pembangkang tersebut diterima oleh Pemangku Ketua Bahagian UMNO Sabak Bernam, Datuk Warno Dogol.

Menurut Warno, UMNO sentiasa mengalu-alukan kehadiran bekas ahli parti pembangkang yang telah sedar bahawa perjuangan yang dibawa oleh parti pembangkang hanya bersandarkan kepada janji palsu semata-mata.

''Pihak pembangkang boleh menjanjikan bulan dan bintang, namun, kerajaan Barisan Nasional (BN) sejak dahulu komited untuk berjuang membela rakyat tanpa memilih parti. Ini dapat dilihat bagaimana kerajaan memberikan Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) kepada semua rakyat tanpa mengira parti," katanya. - UTUSAN 

No comments:

Post a Comment