My Add

Saturday 21 April 2012

Abdul Malik tidak akan lepas jawatan YDP MAIPP

PULAU PINANG JUMAAT,20 April, 2012: Pengerusi Jawatankuasa Agama, Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna negeri, Abdul Malik Kassim akan meneruskan tugasnya seperti biasa dan tidak akan melayan sebarang desakan agar beliau melepaskan jawatan Yang Dipertua Majlis Agama Islam Pulau Pinang (MAIPP).

Beliau berkata, semua urusan pentadbiran hal ehwal Islam di negeri itu kini berjalan seperti biasa, sejajar dengan apa yang diputuskan oleh kerajaan DAP Pulau Pinang sebelum ini.

"Isu ini langsung tidak mengganggu saya. Saya tidak hirau dengan sebarang desakan berkaitan isu pelantikan jawatan Yang Dipertua MAIPP dan sebagainya.

"Semua kerja pentadbiran urusan agama di Pulau Pinang berjalan seperti biasa dan seperti apa yang diputuskan. Saya berkhidmat macam biasa," katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment