My Add

Tuesday 17 April 2012

Aduan libatkan polis meningkat

PULAU PINANG, ISNIN, 16 April, 2012: Lebih 50 peratus aduan yang diterima Suruhanjaya Integriti Agensi Penguatkuasaan adalah melibatkan pegawai Polis Diraja Malaysia (PDRM).

Ia melibatkan 71 kes sejak 1 April 2011 hingga 13 April lalu.

Jumlah berkenaan meningkat secara mendadak sebanyak 37 kes dalam tempoh satu setengah bulan selepas Suruhanjaya Integriti Agensi Penguatkuasaan melancarkan laman web rasminya, www.eaic. gov.my pada 29 Februari lalu.

Pengerusi Suruhanjaya Integriti Agensi Penguatkuasaan, Datuk Heliliah Mohd. Yusof berkata, sepanjang Januari hingga 13 April lalu, pihaknya menerima sebanyak 83 kes di mana 54 kes melibatkan PDRM.

“Kebanyakan aduan yang dibuat terhadap PDRM adalah mengenai rasuah.

“Ada juga mengadu polis tidak mengambil tindakan selepas mereka membuat laporan,” katanya kepada pemberita di Pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) negeri di sini hari ini. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment