My Add

Tuesday 24 April 2012

Ahmad Said minta penyokong Terengganu bersabar

KUALA TERENGGANU, SELASA, 24 April, 2012: Peminat dan penyokong bola sepak Terengganu diminta bersabar dan tidak bertindak melulu ketika usaha sedang dijalankan bagi mengembalikan prestasi pasukan negeri itu yang dilihat kurang memberangsangkan kebelakangan ini. 

Rayuan dibuat oleh Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Said yang mengharapkan sokongan dan kerjasama peminat dan penyokong Terengganu supaya keadaan tidak menjadi bertambah rumit.

"Saya minta peminat bola sepak Terengganu bersabar sementara waktu. Saya hanya boleh menasihatkan pihak berkenaan agar memperbaiki mutu pasukan," katanya di sini hari ini.

Satu perjumpaan antara beliau dan pihak pengurusan Persatuan Bola Sepak Negeri Terengganu (PBSNT) serta jurulatih akan diadakan bagi membincangkan perkara tersebut. 

Sekumpulan peminat dan penyokong bola sepak Terengganu dikatakan menyerang kediaman pengurus pasukan, Datuk Che Mat Jusoh selepas Terengganu tewas kepada kelab Sime Darby 2-1 dalam saingan separuh akhir pertama Piala FA Sabtu lalu. 

Ahmad berkata, tindakan yang tidak bertanggungjawab tersebut tidak akan menyelesaikan keadaan malah memalukan arena bola sepak negeri itu. 

Kemerosotan turut dilihat berlaku pada sebuah lagi pasukan dari Terengganu ialah kelab T-Team. - BERNAMA

No comments:

Post a Comment