My Add

Thursday 26 April 2012

AKSB: Imej Kelantan tidak terjejas

KOTA BHARU, RABU, 25 April, 2012: Pas Kelantan percaya imej parti itu tidak terjejas meskipun Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) membuka kertas siasatan berhubung dakwaan penyelewengan ke atas anak syarikat kerajaan negeri, Air Kelantan Sdn. Bhd. (AKSB).

Malah Menteri Besar, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata, kerajaan negeri mengucapkan terima kasih kepada SPRM kerana menjalankan siasatan itu bagi memastikan individu bertanggungjawab dihukum sekiranya benar berlaku penyelewengan dalam syarikat berkenaan.

Beliau berkata, siasatan itu perlu dilakukan memandangkan suruhanjaya tersebut menerima laporan daripada pihak tertentu.

"Insya-Allah kalau orang Pas faham, kita tidak akan terjejas bahkan berterima kasih kepada SPRM kerana tolong. Sekiranya ada pegawai tidak betul, insya-Allah orang itu akan dihukum. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment