My Add

Monday 16 April 2012

Akta baharu benarkan polis bertindak, jamin keselamatan

KLUANG, AHAD, 15 April, 2012: Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein memberi jaminan akta baharu bagi menggantikan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) tetap membolehkan polis bertindak dalam menjamin keselamatan negara dan ketenteraman awam.

Beliau berkata, akta baharu yang akan dibentangkan esok oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak itu telah mengambil kira pandangan pelbagai pihak termasuk pendirian jujur Polis Diraja Malaysia (PDRM).

"Sememangnya tidak mungkin kita boleh bentangkan akta baharu ini kalau sekiranya 'pengguna terakhir', pihak yang akan memastikan keselamatan negara, PDRM itu sendiri tidak selesa dengan akta tersebut.

"Jadi saya hendak beri jaminan hari ini bahawa PDRM cukup yakin dengan apa yang akan dibentangkan Datuk Seri Najib esok. PDRM jamin keselamatan negara dan ketenteraman awam akan terus terpelihara," katanya. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment