My Add

Monday 16 April 2012

Akta baru RT, SRS dibentang Selasa

KUANTAN, AHAD, 15 April, 2012: Akta baharu berkaitan Rukun Tetangga (RT) dan Skim Rondaan Sukarela (SRS) ekoran daripada pemansuhan Ordinan Darurat 1969 akan dibentangkan di Dewan Rakyat pada Selasa ini.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Tan Sri Dr. Koh Tsu Koon berkata, akta tersebut akan memberi definisi dan fungsi yang lebih luas kepada RT dan SRS.

Menurutnya, langkah mewujudkan akta baharu itu adalah selaras dengan perkembangan semasa selain penggubalannya dibuat berikutan pemansuhan beberapa enakmen termasuk Ordinan Darurat 1969.

"Saya harap akta baharu ini akan menjadikan RT dan SRS berperanan dengan lebih berkesan lagi serta menjadi organisasi yang dapat memupuk perpaduan dalam masyarakat," katanya pada sidang akhbar selepas majlis Perasmian Program Sayangi Komuniti 1Malaysia Daerah Kuantan di Padang Awam Taman Tas di sini hari ini. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment