My Add

Tuesday 17 April 2012

Anifah terima kunjungan rakan sejawat dari Kazakhstan

PUTRAJAYA, SELASA, 17 April, 2012: Menteri Luar, Datuk Seri Anifah Aman hari ini menerima kunjungan hormat rakan sejawat dari Kazakhstan Yerzhan Kazykhanov di pejabatnya di Wisma Putra, di sini. 

Kazykhanov berada di sini untuk lawatan rasmi dua hari, menjelang lawatan Presidennya, Nursulan Nazarbayev yang dijadual tiba petang ini.

Pada pertemuan hari ini, kedua-dua menteri membincangkan pelbagai isu berkaitan hubungan dua hala, serantau dan juga isu antarabangsa.
Kedua-dua menteri turut membincangkan lawatan Nazarbayev ke negara ini. - BERNAMA

No comments:

Post a Comment