My Add

Tuesday 17 April 2012

Anwar diminta beri penjelasan

KUALA LUMPUR, ISNIN, 16 April, 2012: Datuk Seri Anwar Ibrahim digesa membuat penjelasan sama ada benar atau tidak Ketua Pembangkang itu bertindak meninggalkan majlis santapan diraja yang diadakan di Istana Negara untuk menghadiri satu ceramah politik di Wangsa Maju, Rabu lalu.

Jika benar, persoalannya apakah ceramah tersebut lebih penting daripada majlis yang diadakan lima tahun sekali itu bagi meraikan pertabalan Yang di-Pertuan Agong yang baharu?

Persoalan itu dilontarkan bekas Naib Ketua Pemuda Keadilan, Mohd. Zahid Md. Arip yang mendakwa menerima maklumat Anwar bersama isterinya, Datin Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail bertindak sedemikian pada majlis santapan yang diadakan di sebelah malam pada hari pertabalan Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah sebagai Yang di-Pertuan Agong XIV. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment