My Add

Tuesday 24 April 2012

Anwar pemimpin keliru, hilang panduan

KUALA LUMPUR, ISNIN, 23 April, 2012: Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim disifatkan sebagai seorang yang sangat terkeliru dan hilang panduan hidup kerana terdesak untuk mencapai cita-citanya bergelar Perdana Menteri.

Bekas Ahli Parlimen Parit Sulong, Datuk Ruhanie Ahmad berkata, jika Anwar bukan seorang pemimpin yang sangat terkeliru, beliau tidak menyokong keselamatan Israel kerana ia merupakan dosa paling besar kepada seluruh umat Islam khususnya di Palestin.

Menurutnya, apatah lagi dahulu Anwar dikenali sebagai aktivis Islam tetapi kini kerana terdesak untuk bergelar Perdana Menteri, beliau sanggup melakukan apa sahaja termasuk rela menjadi alat kepada golongan Yahudi selain bersekongkol dengan DAP.

"Anwar telah melakukan dosa yang paling besar kepada umat Islam dan rakyat Malaysia. Pertamanya, kerana beliau mengiktiraf Israel (sokong keselamatan Israel).
di.
"Keduanya, kerana bersekongkol dengan DAP sebuah parti yang memperjuangkan ideologi Malaysian Malaysia," katanya semasa berceramah pada majlis pelancaran Kelab Tolak Individu Bernama Anwar Ibrahim (TIBAI) di Kampung Baru, di sini malam ta

TIBAI diketuai bekas Naib Ketua Angkatan Muda Parti Keadilan Rakyat (PKR), Muhammad Zahid Md. Arip dan seramai 28 bekas pemimpin parti itu dilantik sebagai ahli majlis syura untuk menghalang cita-cita Anwar menjadi Perdana Menteri pada pilihan raya umum akan datang.

Menurut Ruhanie, satu lagi bukti kekeliruan Anwar ialah ketua pembangkang itu menolak saranan beliau dan bekas rakan-rakannya dalam UMNO sewaktu mula-mula dipecat dahulu, agar pergi ke Mekah untuk memohon hidayah dan panduan daripada Allah SWT.

Sebaliknya, kata bekas Pengerusi Kelab Penyokong Barisan Nasional (BNBBC) itu, Anwar bukan sahaja menolak mentah-mentah cadangan tersebut tetapi memilih untuk mendengar 'nasihat' daripada beberapa pihak tertentu supaya melakukan demonstrasi jalanan.

"Saya mengenali Anwar sejak 1969 dan bertahun-tahun menjadi salah seorang daripada penyokong kuat beliau dahulu, saya tidak menyangka Anwar yang dikenali sejak sekian lama, sanggup melakukan apa sahaja untuk kepentingan diri sendiri," katanya.

Sementara itu, bekas Setiausaha Sulit Anwar, Anuar Shaari berkata, ketua pembangkang tidak layak untuk bercakap mengenai soal ketelusan, integriti serta moral dalam sesebuah kerajaan kerana sewaktu menjadi Menteri Kewangan beliau sendiri mengamal kronisme dan rasuah.

Katanya, kerana amalan kronisme dan rasuah itulah menyebabkan Timbalan Presiden PKR, Azmin Ali yang hanya bergaji sekitar RM3,000 sebulan dari 1992 hingga 1996 mampu membeli saham bernilai RM8 juta bersama isterinya, Shamsidar Taharin.

"Siapa yang bagi duit sebanyak itu kepada Azmin dan Shamsidar? Apakah Anwar tidak terlibat dalam hal ini? Saya bekas setiausaha sulit beliau, semasa zaman Anwar menerajui Kementerian Kewangan itulah kemuncak kepada amalan rasuah dan kronisme," katanya. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment