My Add

Tuesday 24 April 2012

Anwar rancang bawa masuk pemantau pilihan raya luar

KUALA LUMPUR, SELASA, 24 April, 2012: Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor menyelar tindakan Datuk Seri Anwar Ibrahim yang cuba membawa masuk pemantau pilihan raya dari luar negara bagi memantau proses pilihan raya umum negara tanpa persetujuan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).

Katanya, tindakan tersebut merupakan helah awal pihak pembangkang yang cuba dicetuskan sebagai persediaan jika mereka kalah pada Pilihan Raya Umum Ke-13 nanti.

"Sepatutnya, SPR yang menjemput pemantau pilihan raya dari luar, tetapi ini, pembangkang yang panggil sendiri. Ini semua kawan-kawan mereka juga.

"Pembangkang ini seolah-olah telah menjangka yang mereka akan kalah, sebab itu awal-awal lagi menuduh kerajaan menipu dan tabur fitnah kepada kita,’’ katanya pada sidang akhbar mengenai sambutan ulang tahun UMNO ke-66 di sini hari ini.

Tengku Adnan hari ini menerima surat daripada Penasihat Parti Keadilan (PKR) itu yang mempelawanya mengadakan pertemuan bersama kira-kira 12 orang pemantau pilihan raya asing pada Khamis ini.

Menurutnya, Anwar dalam suratnya turut menjemput semua parti politik di negara ini bagi membincangkan proses pilihan raya yang bebas.

"Saya bersedia dan tidak ada masalah untuk berjumpa dengan mereka. Kita tidak takut kerana saya akan terangkan bahawa ini helah pembangkang yang telah meramalkan akan kalah nanti,’’ katanya. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment