My Add

Wednesday 18 April 2012

Azizah, Shamsidar kena perjelas status Afifah

GEORGETOWN, SELASA, 17 April, 2012: Presiden PKR, Datin Seri Wan Azizah Wan Ismail dan isteri Timbalan Presiden PKR, Shamsidar Taharin, digesa tampil bersama membuat pengakuan berhubung status sebenar Farah Afifah Azmin dari segi hukum syarak. 

Bekas Ketua Wanita PKR Pulau Pinang, Aminah Abdullah, berkata pengakuan itu perlu dilakukan segera bagi merungkai persoalan dan kekeliruan mengenai anak Shamsidar, Farah Afifah.

Katanya, pelbagai pihak dalam PKR sendiri tertanya-tanya mengenai perkara itu tetapi tidak berani bersuara kerana takut dipecat, sejak dulu lagi.

“Apakah pertalian sebenar mengikut hukum syarak antara anak Azizah dan Datuk Seri Anwar Ibrahim iaitu Ahli Parlimen Lembah Pantai, Nurul Izzah dengan anak Azmin dan Shamsidar iaitu Farah Afifah. 

“Perkara ini semakin hangat diperkatakan, malah saya sendiri terdetik untuk tampil selepas rakan baik Anwar, Datuk S Nallakaruppan, membuat pendedahan apa yang selama ini disembunyikan,” katanya pada sidang media di rumahnya di Jelutong, di sini semalam. 

Ditanya mengenai perbincangan hangat dalam PKR mengenai status Farah Afifah, Aminah berkata, beliau yang satu ketika dulu masih berjuang bersama PKR sering mendengar khabar angin berkenaan namun enggan percaya. 

“Dulu, apabila saya berjumpa dengan beberapa sahabat dalam PKR, mereka sering memperkatakan tetapi disebabkan tiada bukti kukuh, kami hanya mendiamkan diri,” katanya.

Aminah yang juga Pengerusi Persatuan Kebajikan Insan Mulia (PKIM), berkata kedua-dua isteri pemimpin tertinggi PKR itu perlu memperbetulkan tanggapan orang ramai terutama penyokong parti berkenaan. 

“Ramai yang beranggapan bahawa PKR adalah sebuah Parti Seks Bebas dan Lesbian, Gay, Biseksual dan Transgender (LGBT), malah perjuangan politik yang selama ini diperjuangkan adalah topeng semata-mata. 

“Ada yang berkata perjuangan sebenar PKR adalah perjuangan nafsu seks pemimpin seiring dengan usaha PKR mempromosikan agenda seksualiti mereka saja,” katanya. - BERITA HARIAN

No comments:

Post a Comment