My Add

Monday 16 April 2012

Banjir di Kampar pulih sepenuhnya

KAMPAR, ISNIN, 16 April, 2012: Keadaan banjir di daerah ini kini pulih sepenuhnya dan baki 56 mangsa banjir di Pusat Pemindahan di Sekolah Kebangsaan Kampar dibenarkan pulang ke rumah masing-masing hari ini. 

Ketua Polis Daerah Kampar, Superitendan Abdul Aziz Salleh, berkata mereka yang terdiri daripada 18 keluarga dari Kampung Batu 20 dan Kampung Baru Kuala Dipang dibenarkan pulang ke rumah masing-masing pada jam 11 pagi tadi.

Operasi tamat dan pusat tersebut ditutup hari ini berikutan keadaan di kampung yang terbabit pulih seperti biasa, katanya kepada pemberita hari ini.

Hujan lebat pada Rabu lalu menyebabkan air Sungai Kampar melimpah dan membanjiri sembilan buah kampung menyebabkan lebih 1,000 mangsa dipindahkan. - BERNAMA

No comments:

Post a Comment