My Add

Sunday 15 April 2012

Berjaya tarik 359 francais

ISMAIL Sabri Yaakob memukul gendang tradisional Sarawak sambil diperhatikan Rohani Abdul Karim, Fadillah Yusof (dua dari kiri) dan Daud Abdul Rahman (dua dari kanan) sebagai tanda simbolik perasmian Program Francais Komuniti peringkat negeri di Kuching, Sarawak, semalam. - BERNAMA

Oleh SAIFUL HAIZAN HASAM

KUCHING, SABTU, 14 April, 2012: Program Francais Komuniti yang dilancarkan pada 14 Oktober tahun lalu, berjaya menarik penyertaan 359 francais berpotensi dalam pelbagai bidang perniagaan dengan anggaran nilai pelaburan RM11.6 juta.

Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, pencapaian program itu amat membanggakan kerana ia baru dilancarkan di enam negeri iaitu Perak, Selangor, Pahang, Terengganu, Kedah dan Kuala Lumpur.

Katanya, program berkenaan berjaya membuka minda masyarakat yang sebelum ini berpandangan bahawa program francais hanya untuk peniaga yang mempunyai modal besar antara RM500,000 dan RM1 juta. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment