My Add

Saturday 21 April 2012

Blogger diingat tak putar belit fakta, kelirukan rakyat

KUALA LUMPUR, JUMAAT, 20 Apeil, 2012: Blogger propembangkang diingatkan supaya tidak mengelirukan rakyat dengan meletakkan agenda politik melebihi agenda keselamatan negara selepas memutarbelitkan fakta mengenai isu perolehan kereta perisai pacuan empat roda dengan kereta perisai pertahanan buatan Malaysia, AV8.

Sehingga kini kerajaan menjalankan kajian terhadap pacuan empat roda lebih dikenali 6x6 itu untuk digunakan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) yang menjalankan tugas di bawah panji Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNIFIL) di Lubnan, manakala kereta perisai AV8 adalah rancangan pembangunan kereta buatan Malaysia untuk jangka panjang.

Menteri Pertahanan, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, berkata projek AV8 mempunyai 12 varian bernilai RM8 bilion sesuai untuk penyediaan tentera masa depan di Malaysia, manakala 6x6 untuk kegunaan UNIFIL di Lubnan.
“Pasukan kita di Lubnan sangat memerlukan kereta perisai 6x6 ekoran kereta perisai sedia ada iaitu jenis Condor yang digunakan sejak 1980 tidak lagi sesuai.

“Adalah mustahil menunggu AV8 kerana program pembangunan kereta perisai canggih itu akan memakan masa 15 tahun dan apa yang kita perlukan sekarang adalah kereta perisai 6x6 dari luar negara,” katanya selepas menyaksikan perjanjian persefahaman antara Jabatan Latihan Khidmat Negara (JLKN) dan Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI), di sini, hari ini. - BERITA HARIAN.

No comments:

Post a Comment