My Add

Saturday 21 April 2012

BN perlu tumpu idea 1Malaysia, tarik penyokong 'atas pagar'

GEORGETOWN, SABTU, 21 April, 2012: Barisan Nasional (BN) perlu memberi tumpuan kepada idea 1Malaysia dan kejayaan dicapai menerusi konsep berkenaan sebagai ukuran menarik sokongan mereka 'di atas pagar' khususnya di peringkat akar umbi.

Timbalan Dekan Pusat Kajian Sains Sosial (Pasca Siswazah dan Penyelidikan) Universiti Sains Malaysia, Prof Madya Dr Sivamurugan Pandian, berkata BN perlu meluaskan penyebaran maklumat yang betul ke peringkat akar umbi.

"Sekiranya mereka (BN) boleh menjangkau sehingga ke peringkat akar umbi dengan penerangan yang betul, rakyat terutama mereka yang berada di atas pagar dapat membuat penilaian," katanya selepas Forum Rapat 1Malaysia anjuran Jabatan Hal Ehwal Khas (JASA) di sini, hari ini.

Sivamurugan berkata, 1Malaysia adalah konsep nilai tambah daripada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dan ia boleh menjadi bahan berkempen untuk BN memenangi pilihan raya yang akan datang.

"Rakyat lebih dapat menerima gagasan 1Malaysia daripada lambang yang lain. Jadi saya percaya sepanjang tempoh tiga tahun dalam kalangan yang mempunyai sangat sedikit kesedaran, kini mereka sudah dapat memahaminya," katanya.

Sivamurugan berkata, 1Malaysia adalah pelengkap kepada Wawasan 2020 di samping satu pelan transformasi kerana apa juga yang dilakukan Perdana Menteri sekarang adalah kesinambungan daripada apa yang ditinggalkan oleh pemimpin sebelumnya untuk mencapai Wawasan 2020.

"Anda memerlukan segala pelan transformasi supaya kita akan dilihat sebagai masyarakat berpendapatan tinggi. Tanpa 1Malaysia sebagai konsep untuk menyatupadukan rakyat, kita tidak mungkin akan sampai kepada apa yang disenaraikan dalam Wawasan 2020," katanya. - BERNAMA

No comments:

Post a Comment