My Add

Tuesday 17 April 2012

BN Sarawak kemuka calon baru bagi PRU-13

KOTA SAMARAHAN, SELASA, 17 April, 2012: Beberapa calon baru akan dicadangkan oleh Barisan Nasional (BN) Sarawak bagi pilihan raya umum ke-13 akan datang, kata Pengerusi Barisan Nasional (BN) Sarawak, Tan Sri Abdul Taib Mahmud hari ini.

Beliau berkata, senarai nama bakal calon BN itu ketika ini sedang disiapkan untuk dikemukakan kepada Perdana Menteri dan Pengerusi BN, Datuk Seri Najib Tun Razak.

"Saya kini menyediakan senarai itu dan akan siap apabila Perdana Menteri memerlukannya kelak. Kami akan mengetengahkan calon wanita dan muka baru,” katanya kepada pemberita selepas menyampaikan Pingat Perkhidmatan Setia Negeri kepada 310 penjawat awam di Dewan Suarah di sini.

Bagaimanapun, beliau enggan mengulas lanjut ketika ditanya mengenai butiran calon yang akan dicadangkan itu.

"Jika saya memberitahu anda (segala-galanya sekarang) maknanya saya membuat keputusan sebelum PM (Perdana Menteri) memberi keputusan muktamadnya,” kata Taib, yang juga Ketua Menteri dan Presiden Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB), parti komponen BN terbesar di Sarawak. - BERNAMA

No comments:

Post a Comment