My Add

Tuesday 24 April 2012

BN Selangor perkenal hotline Pakar

SHAH ALAM, ISNIN, 23 April, 2012: Barisan Nasional (BN) Selangor memperkenalkan talian hotline Pusat Khidmat Rakyat BN Selangor (Pakar) iaitu 1-300-22-2626 bagi menambah baik perkhidmatan dan memperkasakan sistem penyampaian kepada rakyat di negeri itu.

Koordinatornya, Datuk Seri Mohd. Zin Mohamed berkata, talian itu mula beroperasi hari ini bagi menerima aduan rakyat sebelum dipanjangkan kepada pihak terlibat untuk diselesaikan termasuk wakil rakyat atau pihak berkuasa tempatan (PBT).

Beliau berkata, Pakar yang berfungsi sebagai 'pusat sehenti BN' untuk menyelesaikan segala masalah yang dilaporkan, beroperasi dari Isnin hingga Jumaat bermula pukul 9 pagi hingga 6 petang dan dikendalikan oleh 20 operator terlatih.

Bagaimanapun, kata beliau, aduan masih boleh dibuat selepas waktu operasi dengan meninggalkan pesanan yang akan dirakamkan dan operator Pakar akan mendengar aduan tersebut keesokan harinya untuk diambil tindakan selanjutnya. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment