My Add

Sunday 15 April 2012

Bukti sikap sebenar pembangkang - Rais Yatim

KANGAR, SABTU, 14 April, 2012: Perbuatan beberapa pemimpin pembangkang mempersenda dan mengejek raja-raja Melayu menjadi testimoni mengenai sikap sebenar mereka, kata Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Dr. Rais Yatim hari ini.

Menurut beliau, perbuatan itu semasa istiadat pertabalan Yang di-Pertuan Agong XIV, Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah di Istana Negara pada 11 April lalu adalah keterlaluan.

"Belum lagi berkuasa dah tunjuk kuasa mereka," kata Rais semasa berucap pada majlis perasmian Program Merakyatkan Seni dan Budaya, Komuniti 1Malaysia bersama masyarakat keturunan Siam peringkat negeri Perlis di sini hari ini.

Beliau turut menyifatkan sikap pemimpin-pemimpin pembangkang yang sebelumnya diberi penghormatan menghadiri istiadat itu sebagai mencabul negara mereka sendiri.

Perkasa buat dua laporan polis
SYED Hassan Syed Ali (dua dari kanan) menunjukkan
laporan polis dan keratan akhbar Utusan Malaysia
semalam di Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi,
Kuala Lumpur, semalam.
Di KUALA LUMPUR, Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) hari ini membuat dua laporan polis ekoran tindakan beberapa pemimpin pembangkang yang didakwa mempersenda dan mengejek raja-raja Melayu ketika istiadat pertabalan Yang di-Pertuan Agong XIV, Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah pada Rabu lalu.

Kedua-dua laporan itu dibuat di Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi pada pukul 12.30 tengah hari dan Ibu Pejabat Polis Daerah Pasir Mas, pukul 2 petang.

Setiausaha Agung Perkasa, Syed Hassan Syed Ali berkata, pihak polis perlu menyiasat berhubung dakwaan beberapa pemimpin pembangkang yang telah bertindak biadab dan menghina institusi beraja pada istiadat pertabalan Seri Paduka. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment