My Add

Saturday 21 April 2012

Buktikan Pas mampu beri pendidikan percuma

PASIR MAS, JUMAAT, 20 April, 2012: Penyokong Pas diminta mendesak Kerajaan Pas Kelantan tidak mengenakan sebarang bayaran ke atas pelajar yang menuntut di semua institusi pendidikannya bermula daripada pusat asuhan tunas Islam (Pasti) sehingga ke peringkat tertinggi seperti Kolej Islam Antarabangsa Sultan Ismail Petra (Kias).

Presiden Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa), Datuk Ibrahim Ali (gambar) berkata, pada masa sama kerajaan Pas Kelantan juga harus menyelesaikan semua bayaran pinjaman pendidikan termasuk Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) yang dibuat oleh anak-anak negeri ini.

Beliau berkata, ini disebabkan ia adalah salah satu daripada perjuangan parti tersebut yang mahu memberikan pendidikan percuma kepada rakyat.

"Penyokong Pas perlu menggesa kerajaan Kelantan menghapuskan semua bayaran yang dikenakan ke atas pelajar-pelajar sekolah di bawah kerajaan negeri seperti maahad tahfiz, Pasti dan pelajar Kias serta Kolej Teknologi Darulnaim," katanya. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment