My Add

Wednesday 25 April 2012

Cerita dongeng terbaru PKR

Oleh OPAT RATTANACHOT 

PADANG SERAI, SELASA, 24 April, 2012: Pakatan pembangkang khususnya Parti Keadilan Rakyat (PKR) dilihat semakin bankrap idea apabila sanggup membuat dakwaan kononnya, 300,000 kaum India di negara ini masih belum mendapat MyKad.

Pengerusi MIC Kedah, S. Ananthan berkata, dakwaan liar tersebut lebih kepada dongeng dan bertujuan mengelirukan rakyat khususnya masyarakat India terhadap kerajaan.

"Nampaknya pemimpin mereka telah hilang idea dan kini tampil dengan dongeng terbaru. Masyarakat India sebenarnya sudah masak dengan perkara ini.

"Oleh itu, saya ingin sarankan kepada mereka lebih baik tulis novel mengenai pembohongan yang dilakukan selama ini. Selepas itu, edarlah kepada pengikut mereka," katanya kepada pemberita selepas majlis penyampaian Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) kepada 1,000 penerima di Dewan Sekolah Menengah Kebangsaan Keladi, dekat sini hari ini. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment