My Add

Tuesday 24 April 2012

China mahu bekerjasama dalam seni dan kebudayaan digital

KUALA LUMPUR, SELASA, 24 April - Timbalan Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan Datuk Maglin Dennis D’Cruz berkata China berhasrat untuk bekerjasama secara erat dengan Malaysia dalam bidang seni dan budaya digital.

Beliau berkata China juga mahu menghasilkan siri animasi berdasarkan legenda Malaysia, Puteri Hang Li Po dalam masa terdekat.

``Perkara ini dinyatakan kepada saya oleh Penolong Setiausaha Agung Persatuan Persahabatan Malaysia-China, Chin Then Shoong’’, katanya dalam kenyataan di sini semalam, selepas menerima kunjungan hormat Chin yang mengetuai delegasi 10 anggota.

Hadir sama Pengerusi Biro Kewangan dan Pelaburan persatuan Tan Sri Law Hieng Ding.

D’Cruz berkata Chin juga memaklumkan bahawa Malaysia dan China wajar mengadakan lebih banyak mesyuarat bagi membuka peluang pelaburan untuk kedua-dua negara dalam bidang kebudayaan dan kesenian berkaitan teknologi maklumat dan penerbitan digital.- BERNAMA

No comments:

Post a Comment