My Add

Tuesday 17 April 2012

Cuaca panas tidak halang Suwaibah

      SUWAIBAH berdepan dengan cuaca panas di Aswan, 
       Mesir pada peringkat awal larian merentasi Gurun Sahara, kelmarin.

KUALA LUMPUR, ISNIN, 16 April, 2012: Cuaca panas yang mencecah 40 darjah Celsius di Mesir tidak menghalang pelari solo wanita negara, Suwaibah Muhammad Nasir, 38, meneruskan Larian Sahara yang kini masuk hari ketiga.

Bekas anggota Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) itu pada Jumaat lalu memulakan larian dari Aswan dalam misi merentasi Gurun Sahara sejauh 1,111 kilometer (km).

Suwaibah berkata, larian pada hari ketiga dari Pekan Kom Ombo ke Kalam Shah, Idfu benar-benar menguji ketahanan mental dan fizikal berikutan cuaca yang terlalu panas sehingga menyebabkan kakinya melecet.

“Suhu panas dapat dirasai seawal larian pada waktu pagi setiap hari iaitu sekitar 30 hingga 40 darjah Celsius," katanya. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment