My Add

Wednesday 18 April 2012

Demonstrasi cemar imej mahasiswa

KUALA LUMPUR, SELASA, 17 April, 2012: Tindakan sekumpulan mahasiswa menyertai demonstrasi membantah pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) mencemarkan imej penuntut institusi pengajian tinggi (IPT) keseluruhannya.

Yang Dipertua (YDP) Majlis Perwakilan Pelajar (MPP), Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM), Mohd. Hafiz Ariffin berkata, sebagai pelajar IPT, mereka sepatutnya menunjukkan contoh yang baik kepada masyarakat.

"Bergelar penuntut IPT merupakan perkara yang paling membanggakan dan mereka seharusnya menggunakan peluang itu untuk menimba ilmu dengan sebaik-baiknya.

"Demonstrasi bukanlah jalan terbaik menyuarakan pendapat, sebaliknya, sebarang rasa tidak puas hati perlu disuarakan menerusi rundingan," katanya kepada Utusan Malaysia, di sini hari ini. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment