My Add

Monday 16 April 2012

DSA 2012 platform perkasa industri pertahanan


PESAWAT pejuang Eurofighter Typhoon antara tarikan pengunjung pada Pameran DSA 2012 di PWTC.

KUALA LUMPUR,AHAD, 15 April, 2012: Persidangan dan Pameran Perkhidmatan Pertahanan Asia (DSA 2012) ke-13 yang bermula hari ini sehingga Khamis di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), mampu menjadi platform memajukan industri pertahanan dunia khususnya di rantau Asia.

Kajian Institut Penyelidikan Keamanan Antarabangsa Stockholm menunjukkan 40 peratus daripada perbelanjaan terhadap aset ketenteraan dan keselamatan adalah dari negara di benua Asia.

Menteri Pertahanan, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, berkata rekod Asia kini mengatasi negara Kesatuan Eropah (EU) dalam perbelanjaan pertahanan dan tren itu dilihat akan berterusan kerana angkatan tentera di negara rantau ini terus giat menaik taraf dan memodenkan pasukan masing-masing.

“Cabaran keselamatan kontemporari serta kecenderungan meningkatkan teknologi dan pembangunan produk ketenteraan dan keselamatan turut menyumbang kepada peningkatan perolehan dalam industri ini, khususnya di Asia.

“Tatkala kebanyakan negara UE berhadapan masalah ekonomi hingga memaksa memotong sebahagian besar dari perbelanjaan ketenteraan, namun kepesatan pembangunan ekonomi yang dicatat Asia terus menyumbang kepada industri pertahanan,” katanya ketika merasmikan DSA 2012 di sini, malam tadi. - BERITA HARIAN

No comments:

Post a Comment