My Add

Monday 16 April 2012

Dua pegawai YPM hadapi 18 tuduhan palsukan dokumen

KUALA LUMPUR, ISNIN, 16 April, 2012: Bekas Ketua Eksekutif Yayasan Pelajaran Mara (YPM), Datuk Dr Abdul Shariff Hamid dan Pengurus Bahagian Pengurusan YPM, Zainal Rashid Zakaria dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini tengah hari tadi atas 18 tuduhan bersubahat dan memberi dokumen serta maklumat palsu membabitkan RM609,300, tahun lalu.

Abdul Shariff, 52, dan Zainal Rashid, 43, mengaku tidak bersalah atas semua tuduhan yang dibacakan secara berasingan di hadapan Hakim Rozilah Salleh.
Bagi tuduhan pertama hingga kesembilan, Zainal Rashid didakwa sebagai ejen YPM memberi Borang Pengesahan Pembayaran Program Kecemerlangan Ilmu dan Sahsiah Diri Murid, Jabatan Pelajaran Perak dan maklumat palsu membabitkan RM33,850 yang dikendalikan Syarikat Neem Resources padahal tertuduh mempunyai pengetahuan ia tidak dilaksanakan.

Sembilan tuduhan itu adalah untuk program kecemerlangan di Kem Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) Chenderian, Batang Padang; Rumah Rehat Kuala Kangsar; Pusat Latihan Kemas Perak Tengah; Kompleks Rakan Muda, Taiping; Amir Chalet Kampung Baru Manjung; Kuala Gula, Kerian dan Tasik Raban, Pengkalan Hulu. - BERITA HARIAN ONLINE

No comments:

Post a Comment