My Add

Friday 20 April 2012

Dua terbunuh, 8 cedera treler rempuh bas di Kampar

KAMPAR, JUMAAT, 20 April, 2012: Dua terbunuh manakala lapan lagi cedera selepas bas kilang yang dinaiki mereka dirempuh sebuah treler di Kilometer 38.5 Jalan Ipoh-Kuala Lumpur, di sini, semalam. 

Dalam kejadian 8 malam itu, mereka yang terbunuh ialah Rohani Ramli, 38, dari Taman Mesra Raya, di sini, yang maut ditempat kejadian manakala, seorang lagi, Russiah Md Yusof, 45, meninggal dunia ketika menerima rawatan di Hospital Raja Permaisuri Bainun, Ipoh, kira-kira jam 10 pagi semalam.

Dalam kejadian itu, treler yang dipandu seorang lelaki berusia 32 tahun dipercayai melanggar lampu isyarat merah lalu merempuh bas kilang yang sedang membelok.
Ketua Polis Daerah Kampar, Superintendan Abdul Aziz Salleh mengesahkan kejadian dan kes disiasat mengikut seksyen 41(1)(a) APJ 1987.

No comments:

Post a Comment